Wednesday, November 18, 2009

Melukis

Terror pulak si haziq melukis, haritu dalam kereta dengan mama dia on the way ke sekolah, dia lukis dragon sebijik, cun. Ada darah artistik jugak la nampaknya.

Friday, October 23, 2009

Mandi Kolam





Dulu masa kecik, everytime bawak Haziq ke swimmingpool, balik mesti demam. Kadang rasa serik bila nak bawak dia mandi2 camni.

Tapi baru2 ni, masa Hari Keluarga Fakulti Pendidikan UTM diadakan, banyak masa Haziq dihabiskan dalam kolam ni. Alhamdulillah nampaknya dah tahan air. Dah berani dah. Selamba jer terjun dalam air. Dan yang penting, dah tak demam.

Si Fahim plak, tengok macam terer. Tapi bila masuk air, mandi kat area budak2 jer. Mama bawak ke tengah sket dah menjerit2. last2 dia mandi sorang2 sebab semua sibuk nak mandi tengah2. Tapi bila dah hujung2 baru berani sket. Tu pun sebab mama baringkan dlm boya. Dia syok agaknye dimasukkan dlm boya camtu.

Berbaloi laa mama belikan baju swimming. Pasni bleh belajo berenang plak insya-Allah.

Thursday, October 01, 2009

Gamba Raya Haziq






Dia ni kalau bab bergamba memang champion

Tuesday, September 08, 2009

Gamba last day Haziq di Tadika YPJ






Mama dia sebuk sejak dua menjak ni, so tak sempat nak upload awal-awal dulu.

Terima kasih kepada cikgu yang dah banyak mengajar haziq dan merupakan ibu semasa mama bekerja. Sama jugak dengan kawan-kawan haziq, insyallah nanti jumpa lagi!

Thursday, September 03, 2009

Happy belated birthday Haziq!


Jumaat lepas, tanggal 28 Ogos genap haziq 4 tahun. Pak Ngah dengan sepupu dia Umairah balik johor, so kita selebret dengan sesi makan dan jalan2 ke danga bay. Semoga jadi anak yang soleh dan bijak!

Tuesday, August 25, 2009

Birthday Haziq jumaat ni


Kepada makcik, nenek, pakcik, kawan-kawan mama dia yang baik hati, haaa masih ada masa nak bungkus hadiah dah kalau pos harini, jumaat sempat sampai. pos ekspress, esok sampai. Apa lagi!

Kitorang buat kecik2 kut, pasal bulan pose.

p/s lego ke megablock ke, ok sangat la tu.

Thursday, August 20, 2009

Start sekolah baru!

Haziq dengan fahim dah start sekolah baru. Seronok tengok dua-dua belaja tempat sama. Pergi sekolah pun ceria je. Nak dibandingkan dengan tempat lama, kawasan hall nursery/tadika baru ni luas dah tak berapa ramai, jadi selesa la sikit. Dua-dua pun dah making geng walaupun part gaduh, gigit mengigit tu masih ade.

Monday, August 03, 2009

Tempah Baju

pinggang Haziq yang keding!
ukur bahu plak...
pinggang adik lagi beso dari abang

cepat sket laaa.. muka dah bengkek!fahim dengan muka yang kerek

Baju raya tahun ni, mama tempah special untuk Haziq n Fahim. Mengambil ikhtibar tahun lepas, sampai tak dpt baju raya yang sepasang dan sama warna, so awal2 lagi mama dah bawak 2 budak bijak ni ke tailor kat opis mama ni. Haziq ok lagi, ikut jer apa orang suruh, Fahim laa.. tak reti diam. Baju pun dah siap dah. Dah fitting 2 3 kali kat umah tuh. Tak sabo nak raya!

Wednesday, July 22, 2009

Ice Age 3

Happy time!
With Untie Diana
Control Hensem
My Baby Haziq
Posing dulu kat tangga cinema
Ni 2nd time Haziq and Fahim tengok wayang. Mama bawak ngan kawan mama skali. Walid kasi can kat mama untuk jolly2 bersama kawan. Hehe. Thanks Let!

Suka Haziq n Fahim. Suara derang berdua jer paling kuat dalam cinema. Kenapa tu.. kenapa ni. Si fahim lagi tak senonoh.. soh bukak lampu.. apa kes? Jakun anak aku! hehehe

Thanks to untie diana sebab sudi teman mama bawak budak2 ni tengok wayang.

Monday, July 06, 2009

Uncle Chino kawen




Yang pasti lauk dia sedap. Pak ngah paling tak, 3 kali tambah. Haziq mengamok. mungkin ada kaitan dengan rambut kerinting si Ludo.

Monday, June 22, 2009

Amik Report Card

So far ok la. Yelah, Haziq pun just 4 YO. Jadi mama pun tak harap something yang gempak2 pun from Haziq. Result Haziq untuk penggal pertama ni.

Maths : 99/100
English : 96/100
Jawi : 94/100
BM : 84/100

Peksa no. 10. Hehe

Mudah2an... masa akan datang, buang kosong yang belakang tu ek. Tinggalkan 1 jer. Yang penting, usaha ek. Mama love u soooo much!

Tuesday, June 16, 2009

Muka paling ketat!


On the way ke Kelantan. Bangon tido terus kene paksa makan mee hoon. Pastu sebok nak kencing.

Thursday, May 28, 2009

Mulut Pecah

Main menda ntah sampai pecah mulut terhantuk kepala kawan kat sekolah. Sian Haziq. Bengkak bibir dia.

Tanya kawan ada say sorry tak, dia kata takde. Biasa Lutfi nih! Tak say sorry pun!

Tuesday, May 26, 2009

Walid, "Woi, pegang kuat-kuat"


haziq & walid, originally uploaded by Syed Syahrul Zarizi.

Haziq, "Mama pendek!"

Tuesday, May 05, 2009

Haziq dengan chopper old skool cliff hanger


haziq old skool, originally uploaded by Syed Syahrul Zarizi.

Ha, kalau gini la gaya naik scooter, belum sampai tasik depan rumah pak ngah, tangan dan tercabut.