Lilypie 3rd Birthday Ticker

Saturday, September 03, 2005

Teruja

Setelah berfikir panjang, akhirnya saya memutuskan untuk bersama-sama dengan si isteri untuk menyambut orang baru dalam keluarga kami. Fobia besar yang di luar kawalan saya iaitu fobia kepada darah. Ia mungkin dilihat sebagai penghalang tetapi berbekalan niat yang baik, langsung tidak memberi kesan. Setelah berada di dalam bilik bersalin selama 8 jam, semuanya selesai dalam masa hampir 25 minit.

Cemas

Menurut doktor, Haziq mengalami penumia semasa di dalam kandungan lagi dan ini menyebabkan paru-parunya dijangkiti kuman dan mengakibatkan masalah pernafasan. Haziq telah dimasukkan ke wad ICU untuk rawatan lanjut. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat jangkitan di dalam jantung Haziq tetapi telah dapat diubati. Kini, Keadaan Haziq sudah stabil tetapi masih memerlukan perhatian yang rapi.

ICU

ICU atau intensive care unit mempunyai konotasi yang cukup sedih dan menakutan. Tidak hairanlah bila disebut ICU, muka orang yang bertanya akan terus berubah. Hakikatnya, ia hanya pusat untuk pesakit mendapat rawatan yang lebih teliti dan rapi. Insyallah, dengan izin Allah, Haziq akan sembuh, Amin.

No comments: