Lilypie 3rd Birthday Ticker

Sunday, October 23, 2005

Tips untuk bakal ibu & bapa

28 Oktober cukup umur Haziq 2 bulan. Kesihatan bertambah baik. Selera tak pernah susut, makin semangat adalah. Pipi makin tembam, bermakna makin sedap & enak digomol oleh makcik-makcik masa raya nanti. Untuk ibu bapa yang tengah tunggu masa kelahiran bayi anda, ada sikit tips sebagai persediaan. Ini dari pemerhatian dari bapa baru.

1.Baju bayi beli warna yang neutral. Ada kes, bayi yang di jangka lelaki tetapi bila lahir, jantina sebaliknya.

2.Susu badan, penting. Ibat segala penyakit dan pengerat hubungan antara ibu dan anak.

3.Simpan cuti. Jangan guna terlalu banyak cuti tahun. Ini untuk persediaan sekiranya perlu cuti untuk mengguruskan hal anak. (monthly check-up, etc)

4.Hati-hati pilih lampin pakai buang. Jangan hanya pilih yang murah (terlalu murah) kerana kulaliti belum tentu terjamin. Pastikan keselesaan anak dan beli pek kecil sebagai trial-run. Murah sangat, kesian budak, merah punggung. Mahal sangat, kesian papa, sakit beg duit.

5.Pilih hospital kerajaan untuk ekonomi. 99% dari survey antara kawan-kawan, hospital swasta akan memberikan opsyen ‘bedah’ dengan begitu mudah kepada bakal ibu. Bedah = lebih kos. 99% kelahiran di hospital kerajaan adalah melalui kaedah normal. Kosnya Cuma RM60, berbanding ribuan ringgit untuk hospital swasta dan boleh menjangkau RM6000 ~ RM10 000 jika bedah. Kualiti kemuadahan di hospital kerajaan juga kini cukup memuaskan ( rujukan, Hospital Sultanah Aminah, JB)

6.Teman isteri anda. Majoriti (jika tidak semua) hospital membenarkan bapa menemani isteri dalam ‘labour room’ untuk kelairan normal. Ia adalah satu pengalaman yang cukup manis dan indah.

7.Off atau silentkan handphone. Jangan layan sangat panggilan telefon atau berikan pada org lain (ibu, bapa) yang menunggu di luar untuk menjawab bagi pihak anda.
8.Bagi yang muslim, banyakkan selawat. Buat solat hajat dan taubat apabila masa (hari) untuk beranak semakin dekat

8.Bawa kamera (digital lagi baik). Rakamkan saat-saat indah ini kerana ia tak akan datang lagi.