Tuesday, November 22, 2005

Majlis Cukur Jambul Haziq

18 November 2005, tok mak Haziq telah mengadakan majlis cukur jambul untuk cucu ke4 dia, si Haziq ni. Alhamdulillah majlis berjalan ngan lancar dan tetamu yang hadir juga ramai. Habis semua bunga telur, muffin dlm pinggan kiut yang dijadikan sebagai cenderamata, pulut kuning dan telur pindang... selesai. Nasi bukhari yang tok mak masak jugak laku cam goreng pisang panas. Tiada lebihan makanan yang melampau. Kata orang tuh ngam ngam. Selesai majlis.. abis tokak2 rambut haziq. Dah ler takde rambut, makcik2 nih pulak seboleh2 nak gunting rambut Haziq. Tapi syukur lah semuanye berjalan ngan lancar dan penuh keberkatan.

No comments: