Tuesday, March 28, 2006

Happy 7th Month Old Birthday to Haziq

Hari ni, usia Haziq dah masuk 7 bulan. Makin cerdik.. makin keletah dan makin manja. Gigi masih 2 batang, tapi dah ada kepandaian lain yang menggeramkan mama. Now ni, Haziq dah pandai memanjat dah sibuk nak berdiri lepas tangan sebelah sewaktu dia memegang sesuatu untuk membolehkan dia berdiri. Lepas dah dapat berdiri atas kerja keras memapah sesuatu, dia akan memanggil mama atau let dan seterusnya, dengan muka eksen, dia akan lepaskan tangan sebelah sambil membuat muka kiut. Dan setiap kali membuat muka eksen, anak mama akan terjatuh ke lantai dan muka eksen tadi, bertukar kepada muka yang merah sebab menangis. Ha.. lenkali.. jangan nak lepas2 tangan sebelah kalau berdiri! Kan dah jatuh!

haziq: huwaaaaaaaaaaaa ...nga..nga..nga.. ngaaaa.... (intonasi haziq menangis)

1 comment:

syed syahrul zarizi said...

Makin cerdik haziq, manja dengan mama, suka jerit-jerit sampai takda suara.