Lilypie 3rd Birthday Ticker

Tuesday, April 11, 2006

Dah tumbuh gigi atas

Pada hari khamis lepas, kami anak-beranak telah buat satu lawatan ke klinik kesihatan Dengkil dan hospital Putrajaya. Di Dengkil, semua rancangan berjalan seperti yang dirancangkan tapi lain pula halnya di Putrajaya. Walaupun sebelum ini kami telah membuat temujanji untuk membuat pemeriksaan susulan keadaan Haziq, kami masih lagi disuruh mengambil nombor dan tunggu gfiliran kami yang hanya sampai 4 jam kemudian. Ini bukan pengalaman pertama kami di hospital Putrajaya. Yang menghairankan, kenapa hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru boleh memberikan perkhidmatan yang jauh lagi pantas, kalau kemudahan dan teknologi menjadi ukuran, hospital Putrajaya yang patut jadi Johan. Tapi itulah hakikat.

Sepulangnya kerumah, Haziq yang tadi comel dan ceria, nampaknya demam. Mungkin kerana penat atau lenguh satu badan, penat menunggu. Rupa-rupanya gigi atas dah tumbuh. Suka sungguh mama dia.

No comments: