Lilypie 3rd Birthday Ticker

Wednesday, August 30, 2006

Kisah Setahun Yang Lalu


Catatan ni ditulis pada tahun lepas (2005) dari semasa detik kelahiran sehingga laa saat Haziq telah dibenarkan pulang ke rumah. Haziq telah dimasukkan ke wad NICU dari hari dia dilahirkan selama 15 hari kerana menghadapi masalah kesihatan. Semoga Haziq akan membaca diari mama ini bila dia besar nanti. Alhamdulillah Haziq telah sihat sepenuhnya dan membesar sebagai seorang anak yang kuat semangat, bijak dan berani.

27 Ogos 2005
Aku buang air kecil dan mendapati ada lendiran darah yang keluar macam baru2 nak period. Siang tadi, aku, abang, mak dan cik pah merayap dari Jakel beli kain nak buat baju raya, beli tiket bas abang nak balik kl esok, sehinggalah ke Jusco Permas Jaya. Merayap dari siang sampai ke malam. Aku beritahu Abang yang aku dah keluar tanda, tapi tak sakit pun lagi. Abang dah start gelabah. Beritahu mak. Mak kata tunggu sakit baru pergi hospital. Aku makan mee hoon dan lepas tuh, terus main turun naik tangga sebab kononnya nak senang beranak.

28 Ogos 2005
Pukul 2 pagi, aku mula rasa macam nak sengugut. Tapi sikit jer. Sambung tengok tv sebab nak tido semula tak boleh sebab rasa takut pun ada gak. Tapi tertido jugak lepas membuang air besar semua. Pukul 4 pagi, aku terjaga dan mula rasa kuat sikit sakit pinggang. Tapi sebab teringatkan Abby Abadi terberanak dalam kereta, aku ajak abang ke hospital. Punyalah laju abang bawak kete mengalahkan F1. Pukul 5 dah sampai kat hospital dan aku dimasukkan ke bilik saringan. Dr check dah terbuka 3cm. Aku kemudiannya dibawa ke wad dan dipecahkan air ketuban. Terus rasa kecik je perut lepas dipecahkan air ketuban. Tapi still tak sakit lagi.

Aku dibawa ke labor room dengan ditemani oleh Abang. Memula Abang takut juga sebab dengar suara orang beranak yang menjerit-jerit. Tapi lepas masuk dlm bilik, dia nampak tenang sikit. Oleh kerana belum kuat rasa sakit, aku ngan abang sambung semula tido lepas nurse pasang tali pinggang untuk monitor denyutan jantung baby. Sebelum tu, aku kene tukar baju dulu sebab aku datang ke hospital tadi pakai kaftan je. Hehe, pandai kan. Ada ke nak beranak pakai baju kaftan?

8.30am - nurse bagi aku painkiller sebab dia kata biasanya 1st baby ni makan masa. Dia takut aku hilang energy masa nak beranak, tu yang dia bagi aku tido dulu. Lagi laa aku membuta lepas tuh. Tapi rupanya, bila dia kasi aku painkiller, aku tido, baby dlm perut pun tido sama. Ini menyebabkan denyutan jantung baby jadi lemah.

11.00am - Aku kene induce sebab bukaan rahim dah 4cm. Tapi kesan painkiller masih tak hilang dan aku still lagi lalok dan mengantuk even dah induce pun, aku rasa macam mamai2 je.

2.00pm - Time ni contraction dan mula kerap. Sakit dari pinggang membawa ke perut. tetiba aku rasa macam nak terberak. Aku ckp ngan Abang yang aku nak buang air besar, abang pun inform pada nurse yang aku nak terberak. Lepas tuh nurse terus check and rasa kepala baby dah dekat dah. Masa tuh baru bukak 5cm. Lepas drpd tuh, nurse ckp kalau rasa nak berak tuh, terus teran sebab aku bukan nak berak, tapi nak beranak. Lepas tuh, asal rasa nak terberak jer, aku terus teran sampai merah padam muka aku dibuatnya. Yang abang lak leh gelak2 ngan nurse tengok muka aku merah padam. Nasib baik aku tengah nak beranak. Kalau tak, siap dia! Aku sempat stop dulu sebab kehausan masa meneran.

2.43pm - Syed Muhammad Haziq telah dilahirkan ke dunia tanpa tangisan. Aku rasa macam dah keluar benda, tapi senyap jer. Rupanya Haziq lemas sebab tali pusat terlilit kat leher. Abang kata Haziq lebam masa lahir, maybe sebab dia lemas kene jerut ngan tali pusat. Tanpa menunjukkan Haziq pada aku, nurse terus bawak Haziq lari ke bilik lain. Abang ikut tengok. Haziq dipukul supaya dia nangis. Setelah dibersihkan dan diazankan, Haziq dibawa kepada aku dan kemudiannya terus dibawa ke wad kecemasan untuk rawatan susulan.

3.45pm - Aku dibawa keluar dari labor room.

6.30pm - Aku mtk Abang bawa aku tengok Haziq. Haziq ditempatkan di bangunan lain. Jadi abang tolak aku menaiki wheelchair ke Blok B. Masa aku sampai, Haziq tengah menangis dengan air liur penuh kat mulut dia. Hazif terpaksa bernafas dengan bantuan oksigen. Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku saat tu melihat keadaan Haziq terbiar macam tuh. Dr cakap Haziq kene jangkitan kuman dekat paru-paru dia.

29 Ogos 2005
Haziq dipindahkan dari wad biasa ke NICU. Macam nak tercabut nyawa aku bila Dr cakap Haziq sangat kritikal. Bantuan oksigen yang digunakan semalam tak dpt membantu memulihkan pernafasan Haziq. Di NICU, Haziq diberikan mesin bantuan pernafasan. Tambah kronik bila tekanan darahnya juga rendah dan kuman semakin merebak dalam paru2 Haziq.

Aku dibenarkan pulang oleh Dr setelah disahkan ok oleh Dr. Tapi Haziq kene duduk wad lagi. Dia ditidurkan oleh Dr supaya dapat rehat dengan cukup. Macam2 jenis ubat yang dimasukkan dlm badan Haziq. Berat hati aku meninggalkan Haziq sorang2 kat NICU.

30 Ogos 2005
Haziq still lagi tak sedarkan diri. Keadaan tak banyak berubah. Dr ckp Haziq masih lagi tenat. Aku dan Abang banyak habiskan masa di NICU untuk menemani Haziq.

31 Ogos 2005
Aku ckp pada Haziq walaupun Haziq masih ditidurkan, sejak dia dilahirkan sehinggalah hari ke4 dia dilahirkan, aku masih tak dpt nak lihat mata anak mama ni. Haziq seolah2 mendengar bisikan mamanya. Dia bukakan matanya, merenung tepat ke mata aku dan dlm beberapa saat lepas tuh, Haziq memejamkan matanya semula dan aku dapati ada air mata pada mata Haziq. Aku terharu sangat. Aku tak tahu macamana nak gambarkan perasaan aku pada masa tuh. Terlalu berat aku rasa bebanan yang Haziq tanggung. Habis badan Haziq ditebuk-tebuk untuk masukkan ubat. Wayar berselirat. Kesian anak aku. Tambah kronik bila kuman mula merebak ke perut pulak. Boncet sangat perut Haziq. Memula Dr nak operate tapi mujurlah tak jadi sebab tak series sangat. Kuman-kuman tu boleh dihapuskan dengan ubat.

1 September 2005
Abang balik ke KL dan aku pula memohon masuk untuk duduk di wad supaya mudah untuk aku menemani Haziq. Walaupun Haziq masih ditidurkan, tapi aku tahu dia dengar apa yang aku ckp. Jasadnya tido, tapi rohaninya tidak. Aku menemani Haziq dari siang sampai ke malam. Walau pukul 2-3 pagi pun, aku still naik ke wad untuk tengok Haziq. Tak sampai hati nak tinggalkan Haziq sorang2.

5 September 2005
Haziq makin menampakkan kesungguhan untuk pulih. Ubat tidur pun dah dihentikan. 1st time aku gantikan pampers Haziq.

6 September 2005
Daripada mesin bantuan pernafasan, lepas tuh pakai headbox... kini tinggal pakai tiub jer. Ari ni 1st time aku dukung Haziq. rasa terharu sangat.

9 September 2005
Haziq dah dipindahkan ke wad biasa.

10 September 2005
1st time menyusukan Haziq. Rasa terharu sangat. Walid pun ada balik jb. Haziq dan makin sihat.

11 September 2005
Akhirnya, Haziq dibenarkan keluar dari wad. Aku dan Syed sangat terhutang budi pada Doktor, Nurse dan Sister yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa Haziq. Aku kagum dengan pengorbanan mereka yang ikhlas bekerja menyelamatkan nyawa anak ku ini. Tak tahu macamana nak balas jasa baik semua staff di wad NICU Hospital Sultanah Aminah. Bersyukur ke hadrat Allah yang memberikan keizinan agar Haziq sihat semula.