Monday, March 05, 2007

Mama is back... update cerita haziq

Lamanye tak tulis blog dlm blog haziq nih. Skarang ni mama dah naik keje.. dah boleh active semula dlm blog haziq.

Haziq sejak jadi abang ni, ada masa dia manja sangat. Tapi alhamdulillah, haziq tak jeles ngan adik dia. Sayang dia kat Fahim. Kalau Fahim nangis.. berlari dia cari botol adik dia... kadang2 tepuk2 adik dia soh tidur... baik anak mama ni.

Skarang ni Haziq dah pandai ckp sket². Berjoget siap terpusing2 sampai pening pala.. meradang pun dah pandai nak ala² hindustan... rebahkan badan ke lantai or toto.... pastu nangis dengan muka buat²... geram betul.

Ermm... takde lain yang mama harapkan melainkan anak mama menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup. Haziq dah jadi abang... jaga adik elok² ek.. main sama², belajar sama²... nanti dah pandai solat pun... solat sama² ek...

Love my baby so much!

No comments: