Selamat Tinggal MMU
Mama tumpang blog Haziq untuk entry yang emo sket ni.
Kurang 2 minggu lagi, aku akan berhenti kerja di Multimedia University, Cyberjaya ni. Cepat sangat masa berlalu. Rasa macam nak anjak lagi jer masa ni. Tapi apakan daya, bukan aku yang mengawal waktu. Meniti waktu2 terakhir ni... hati aku rasa sebak sangat. Sebab kat sini laa aku belajar erti persahabatan.
16 July 2001, hari pertama aku memulakan karier kat MMU ni. Kat sini laa aku berjumpa dengan Kak Norai, Ku Nizam, Chino(CMED), Leha, Syirman, Ezee and Fero . Team IBDP kat Cyberjaya. Aku sorang jer pompuan kat department Tengku Putri (nama glemer department IBDP). Suasana kerja yang sangat best dengan boss yang sangat cool. Banyak kenangan manis yang diabadikan waktu kak norai mengetuai department nih. Kemudian masuk pulak kak miza sebagai asst director menambah lagi keceriaan department kesayangan aku ni. Segalanya menyeronokkan. Tiap2 besday kak norai belanja kek. Selalu gi outing. Ke A Famosa Resort la... ke PD laa.. ke Gunung Ledang laa.. even kat Taman Putrajaya tu pun kami pergi. Just like a big happy family.
Pastu kene merged ngan CMED. Nama department pun dah tukar jadi CMEAD. Awal2 masuk CMEAD, aku dpt geng pompuan. Keh nama dia. Ni laa kawan yang paling rapat ngan aku kat CMEAD ni. Mana taknya... pergi n balik kerja pun sama. Dpt plak member yang sekepala. Memang menjadi laa. Dlm lepas beberapa bulan.. baru laa melor n wawa plak masuk. Tapi masa tu tak rapat lagi... sehingga laaa CMEAD pindah ke opis bawah FCM ni. Segalanya bermula.
Keh, Melor, Wawa, Fara, Ku Nizam and Chino. Geng yang sangat baik dan rapat dengan aku. Banyak kenangan manis dengan mereka2 ni. Banyak sangat kalau nak aku coretkan dlm blog ni. Tapi yang penting, kenangan manis dengan kalian takkan aku lupa sampai bila2. Terima kasih kerana menjadi "adik beradik" aku yang sangat best!
Akan aku abadikan kenangan2 kat mmu ni sampai bila2. Janji aku dengan diri sendiri, aku tak akan putus contact ngan kawan2 yang aku sayang ni.
Kak norai, kak miza, keh, melor, wawa, fara, chino, ku nizam, usin, kawan2 cmead, kawan2 DE,kawan2 FIT, kawan2 FCM, kawan2 FOE, ex housemate R4003 dan semua laa yang aku kenali kat sini... maafkan segala ketelanjuranku, halalkan makan dan minum ku... doakan kejayaanku...terima kasih atas persahabatan yang dijalinkan ini... ada rezeki.. ada jodoh.. kite jumpa lagi...
CMEAD TEAM: Raya 2007
geng se"pulau" kat CMEAD. Untie Keh, Mama n Untie Melor
Aksi2 spestik 4 sekawan. Dari kiri: Mama, Untie Wawa, Uncle Chino, Untie Melor
ni bapak angkat Haziq cum member gaduh mama. Uncle Chino
member seangkatan dr mula masuk keje. Uncle Ku Nizam
3 comments:
Insyallah, ada rezeki jumpa lagi
all the best fadh.. insya allah kita jumpa lg :)
jeles nyer tgk gambar cmead ni..kita x ada dlm gambar ni.. uwaaa..
bongek, kerja kat Johor ke sekarang nih.. spotek betol
Post a Comment