Tuesday, December 11, 2007

Terima Kasih Sahabat

21 Nov 2007, satu tarikh yang tak akan mama lupakan sampai bila2. Majlis farewell yang sangat memberi kesan pada mama. Terima kasih pada kak norai selaku penganjur.. dan terima kasih kepada kawan2 rapat yang hadir untuk majlis perpisahan ini. Kawan-kawan yang sama2 susah dan senang setiap waktu.

23 Nov 2007, sekali lagi mama diraikan dlm majlis farewell anjuran CMEAD. Majlis yang sangat2 menyentuh perasaan mama pada hari terakhir di Multimedia University. Diselangi dengan video clip hasil kekreativitian uncle Ku Nizam benar2 menyentuh perasaan mama. Bermula dari gambar2 ketika mula bekerja di IBDP... sehinggalah gambar farewell anjuran kak norai. Dari zaman mama kurus.. sampai laa zaman mama yang dah berlapis2 lemak ni. Tak terkata ucapan untuk rakan2... sebab sebak.. sedih.. semua ada. Semoga doa kalian untuk aku akan menjadi kenyataan. Doa untuk aku lebih berjaya di sini.. di bumi johor ini. Thanks atas set pinggan ikea dr kawan2 tersayang... (gue suke bangat!)
Terima kasih sahabat! Sahabat sejati.. tiada peganti!

Thanks to kmnizam.fotopages.com


Thanks tokeheleven.blogspot.com

No comments: